Anda Tidak Akan Kelaparan Di Hong Kong Dengan Restoran-Restoran Halal Ini

By Nur Irfaniah Ahmad | 23, Jun, 2020
Anda Tidak Akan Kelaparan Di Hong Kong Dengan Restoran-Restoran Halal Ini

Artikel ini aslinya ditulis oleh Suhanah Khamis dalam bahasa Inggris. Kamu boleh membaca artikel dalam bahasa Inggris yang ditulisnya di sini.

Adakah mencari makanan Halal di Hong Kong sesuatu yang membimbangkan buat anda? Percaya atau tidak, mencari restoran-restoran yang menyediakan makanan Halal di Hong Kong itu tidak susah. Dengan hampir 50 restoran yang tersebar di sekitar Hong Kong, anda pasti akan terpesona dengan pilihan-pilihan masakan dari Cina, Barat dan Timur Tengah. Tidak perlu lagi sampai kelaparan di Hong Kong kerana kami sudah menyediakan senarai restoran-restoran Halal di Hong Kong untuk kemudahan anda! 

 

Tempat Makanan Halal di Pulau Hong Kong

1. Islamic Center Canteenislamic centre canteen dimsum

Kredit Gambar: Islamic Center Canteen di Coconuts

Walaupun ia mungkin klise, tidak kira apa jadual perjalanan anda ketika anda mengunjungi Hong Kong sekalipun, anda mesti menjamu selera di Islamic Center Canteen Terletak di tingkat 5 di Osman Ramju Sadick Islamic Center, makanan di sini pasti berpatutan dengan hidangan Dim Sum yang boleh didapatkan dengan harga bermula dari HKD13 (SGD2.30).

Status Halal: Mempunyai Sijil Halal
Maklumat: 5/F, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Hong Kong Island
Waktu Operasi: 10am-9pm


2. Dong Fang Gong Lanzhou Beef Noodles

Hanya sekitar 2 minit daripada Stesen Teluk Causeway (Causeway Bay Station) jika berjalan kaki, anda dapat menjumpai restoran bernama Oriental Palace Lanzhou Beef Ramen. Restoran ini menyajikan mi daging lembu (seperti namanya) dan yang istimewa ialah minya disediakan dengan segera, di hadapan matamu! Satu mangkuk kecil Lanzhou Beef Noodles berharga HKD58 (SGD10) dan jika anda mendapati bahawa danging lembu ini tidak mencukupi bagi anda, pesanlah lauk daging lembu yang berharga HKD22 (SGD4).

Status Halal: Mempunyai Sijil Halal
Maklumat: Shop C, G/F, Shining Building, 477 - 481 Jaffe Road, Causeway Bay
Waktu Operasi: 11am - 10pm


3. Mingcha Limited

Wahai pencinta teh, Mingcha Limited adalah sebuah syarikat yang khusus dalam Teh Cina premium. Sekiranya anda mempunyai masa lapang di Hong Kong dan ingin mencuba teh di Hong Kong, anda boleh menyertai beberapa bengkel mereka. Sama ada anda membeli teh ini untuk diri sendiri atau sebagai cenderahati, teh dari Mingcha Limited memang berkualiti and terbaik di dunia teh. Sebotol teh mini bermula dari HKD99 (SGD17).

Status Halal: Mempunyai Sijil Halal
Maklumat: RM 901-902, 9/F, Cheung Tat Centre, 18 Cheung Lee Street, Chai Wan
Waktu Operasi: 10am - 7pm (Closed on Sundays and public holidays)

Website | Facebook


4. Wai Kee

Wai Kee adalah restoran yang dimiliki Muslim yang harus kamu melawati semasa berada di Hong Kong. Ini adalah tempat untuk anda mendapatkan nasi bebek panggang anda (yang mestilah Halal!). Makanan terutama sekali yang anda mesti cuba adalah daging itik lembut yang diperap. Dan! Anda perlu menikmati kulit itik yang renyah. Semasa anda berada di sana, cubalah mee wanton dan wantonnya yang penuh dengan jus!

Status Halal: Milik Muslim
Maklumat: Stall #5 Bowrington Cooked Food Centre 1/F Bowrington Road Market, 23 Bowrington Road, Wan Chai, Hong Kong
Waktu Operasi: 10am - 6pm


5. Big Pizza

Kadangkala, anda hanya mahu memakan makanan segara tetapi agak sukar untuk mencarinya di Hong Kong, apalagi yang Halal. Syukurlah di Big Pizza, anda dapat mendapatkan pizza yang Halal dan enak. Yang terbaik sekali, ia dibuka sepanjang malam. Pastikan anda melihat jadual waktu di bawah dan pastikan juga restoran halal ini berada di dalam fikiran anda apabila anda sedang mengidamkan pizza. Sepotong pizza berharga HKD25 (SGD5) atau anda boleh memilih kombo pasta yang datang dengan minuman pada harga HKD52 (SGD10).

Status Halal: Mempunyai Sijil Halal
Maklumat: Shop No. 5, G/F Wan Chai Central Building, 89 Lockhard Road, Wan Chai, Hong Kong
Waktu Operasi: 10:30am - 6am

Website


6. 27 Kebab House

27 Kebab House adalah salah satu kedai yang dibuka sehingga larut malam. Di sinilah tempat yang sesuai bagi anda jika anda ingin memakan doner daging, biryani dan apa sahaja yang terdapat di menu Timur Tengah. Sekiranya anda tidak pasti mahu memilih makanan yang mana dari menu, kami mengesyorkan Doner Daging Lembu, Kambing atau Ayam yang berharga HKD45 (SGD8) atau Biryani Ayam HKD50 (SGD9).


Status Halal: Mempunyai Sijil Halal
Maklumat: Shop D-E, 27 Hollywood Road, Soho, Central, Hong Kong
Waktu Operasi: 10am - 6am

 

7. Bombay Dreams HK Ltdbombay dreams hk

Kredit Gambar: Dining Concepts di Facebook

Bombay Dreams adalah tempat yang sesuai untuk memenuhi keinginan harian anda untuk Naan. Tersenarai di Michelin Guide's Bid Gourmand, Bombay Dreams adalah restoran makan yang menyajikan masakan India yang asli. Anda boleh memilih dari pelbagai hidangan untuk dimakan dengan nasi Basmati atau Naan. Harga bermula dari HKD78 (SGD14).

Status Halal: Mempunyai Sijil Halal, Alkohol disajikan di restoran
Maklumat: 4/F, 77 Wyndham Street, Central, Hong Kong
Waktu Operasi: 12pm - 11pm

Website


8. Chrisly Café

Chrisly Cafe tidak sepenuhnya Halal, tetapi mereka mempunyai beberapa cawangan kedai roti yang mempunyai sijil Halal seperti kedai ini. Semasa anda berada di Hong Kong, jangan sesekali lupa untuk singgah ke kafe ini. Tart telur ikonik mereka, dan roti nanas, sesuai untuk sarapan dan waktu minum petang. Ia pasti membuatkan anda mahu lebih. 

Status Halal: Mempunyai Sijil Halal (Kedai roti terpilih sahaja)
Maklumat: Shop 3018, 3/F, Shun Tak Centre, 168-200 Connaught Road Central, Hong Kong
Waktu Operasi: 7am - 7pm

Facebook | Instagram


9. Warung Malang

Sekiranya anda ingin mencuba sesuatu yang baru, Warung Malang adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi. Mereka bukan sahaja menyajikan makanan Indonesia yang enak, tetapi ia juga tersedia dengan harga yang berpatutan. Sekiranya anda mahu mendapatkan nasi, sepinggan Nasi Campur berharga HKD50 (SGD9), dengan 4 hidangan berbeza untuk dipilih.

Status Halal: Mempunyai Sijil Halal
Maklumat: 2/F, B-2, Dragon Rise Building, 9-11 Pennington Street, Causeway Bay, Hong Kong
Waktu Operasi: 10am - 10pm

Facebook


Tempat Makan Halal di Kowloon

1. Islam Foodislam food kowloon

Kredit Gambar: Islam Food

Islam Food sudah lama menyajikan masakan tempatan dan adalah salah satu restoran yang harus anda kunjungi. Anda harus mencuba Roti Daging Pan-Fried yang merupakan salah satu hidangan istimewa mereka. Jika anda cukup berani untuk mencuba hidangan sejuk, anda boleh mencuba Ayam dengan Sos Minyak Bijan yang berharga HKD78 (SGD14).

Status Halal: Bahan Halal digunakan
Maklumat: G/F, No. 1 Lung Kong Rd, Kowloon City, Kowloon
Waktu Operasi: 11am - 11pm

Website 

2. Restoran & Kafe Casablanca (Casablanca Restaurant & Café)

Restoran Casablanca menyajikan masakan Moroccan dan Mediterranean. Sama ada anda memilih untuk memakan pita atau Tagine (hidangan Moroccon yang dimasak dalam periuk tembikar), anda boleh menjadikannya satu set semasa makan tengah hari. Bermula dari HKD58 (SGD10), setiap set datang dengan minuman untuk melengkapkan makanan anda.

Status Halal: Mempunyai Sijil Halal
Maklumat: 6/F, Ashley Centre, 23-25 Ashley Road, Tsim Sha Tsui, Hong Kong
Waktu Operasi: 12pm - 11pm

Facebook


3. Authentic Lanzhou Beef Noodles

Restoran ini menyajikan mi daging lembu Lanzhou asli yang terkenal untuk anda yang ingin mencuba hidangan tempatan Hong Kong yang popular ini. Oleh kerana sebahagian daripada pilihan makanan di dalam menu mereka agak besar, kami mengesyorkan anda untuk berkongsi beberapa hidangan yang dipesan.

Status Halal: Mempunyai Sijil Halal
Maklumat: Room 5-8 G/F, Park Hotel, 61-65 Chatham Road South, TST
Waktu Operasi: 11am - 11pm


4. Anjappar

Anjappar adalah restoran yang menyajikan masakan India Chettinad dan mempunyai cawangan di seluruh dunia. Cubalah masakan khas mereka Anjappar Chicken Dry / Masala yang berharga HKD110 (SGD19) dengan Mutton Biryani HKD90 (SGD16) sekali.

Status Halal: Mempunyai Sijil Halal
Maklumat: Unit-202, Multifield Plaza, No.3-5 Prat Avenue, Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong
Waktu Operasi: 11am - 3pm, 6pm - 11pm (Monday to Friday), 11am - 11pm (Saturday, Sunday and public holidays)

Website | Facebook | Instagram

5. Bismillah Kebab House

Bismillah Kebab House mempunyai 2 gerai di Chung King Mansion, salah satunya di 1/F. Selain dari hidangan Doner Kebab, anda juga boleh mencuba ikan bakar dan kerepek BBQ mereka berharga HKD45 (SGD8) atau Nasi Biryani Daging Kambing berharga HKD55 (SGD10).

Status Halal: Mempunyai Sijil Halal
Maklumat: Shop No., 68A, G/F, Chung King Mansion, 36-44 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon
Waktu Operasi: 9am - 11pm

Facebook

6. Istanbul Kebab

Terletak di Tsim Sha Tsui, Istanbul Kebab tidak hanya menyajikan kebab; anda juga dapat mencari hidangan Turki yang lain. Cuba Udang Gulung yang harga HKD78 (SGD14) jika anda peminat udang atau Doner Pizza Special dari HKD88 (SGD15.50).

Status Halal: Mempunyai Sijil Halal
Maklumat: Shop 1A, Tsim Sha Tsui Mansion, 36-50 Lock Road, Tsim Sha Tsui, Hong Kong
Waktu Operasi: 12pm - 11:30pm


7. Bombay Kitchen
bombay kitchen

Kredit Gambar: Bombay Kitchen

Bombay Kitchen menyajikan pelbagai hidangan dari India. Restoran ini menyediakan makanan India yang asli. Sekiranya anda ingin menikmati makanan yang enak, anda boleh memilih Butter Chicken HKD75 (SGD 13) dan Cheese Naan HKD25 (SGD 4) atau Garlic Naan HKD20 (SGD 3).

Status Halal: Mempunyai Sijil Halal
Maklumat: G/F, 72-74 South Wall Road, Kowloon City
Waktu Operasi:

  • Lunch: Mon - Sun: 11:30am - 3pm
  • Dinner: Mon - Thu: 6pm - 11pm
  • Friday - Sunday 5:30pm - 11pm

Instagram


8. Popeyes Louisiana Kitchen

Popeyes Louisiana Kitchen menawarkan pelbagai pilihan di menu, dan ayam goreng renyah adalah salah satu item yang popular di menu mereka. Anda boleh mendapatkan dua keping ayam dari HKD 48 (SGD 9) atau nasi kuah cendawan dari HKD 48 (SGD 9) jika anda sedang mencari sesuatu yang lebih mengenyangkan.

Status Halal: Mempunyai Sijil Halal
Maklumat: Chefs' Society, B/F, T.O.P This is Our Place, 700 Nathan Road, Mong Kok
Waktu Operasi: 11am - 10.30pm

Website | Facebook

 

9. La Scala

La Scala adalah restoran yang terletak di Royal Plaza Hotel. Dibuka sepanjang hari, La Scala menyajikan masakan Halal yang berantarabangsa. Hidangan utama mereka adalah Bechamel Chicken Spaghetti berharga dari HKD218 (SGD39) dan jika anda mempunyai sedikit ruang untuk pencuci mulut, cubalah Vanilla Creme Brulee dengar Beri Segar.

Status Halal: Menu Halal disediakan
Maklumat: 193 Prince Edward Road West, Kowloon, Hong Kong
Waktu Operasi: 6am - 11pm

Website

Tempat Makan Halal di New Territories

1. Ebeneezer’s Kebab & Pizzeria

Ebeneezer adalah salah satu kedai kebab maju di Hong Kong. Restoran ini juga terdapat di Pulau Hong Kong dan kawasan Kowloon. Pilihan makanan tidak terbatas di sini; dari kebab yang berharga HKD85 (SGD15) hingga pizza yang berharga HKD98 (SGD17) dan juga Biryani dan Tandoori.

Status Halal: Mempunyai Sijil Halal
Maklumat: Shop no. 9A, G/F, Ngong Ping Theme Village, Ngong Ping, Lantau Island, Hong Kong
Waktu Operasi: 10:30pm - 6pm (Monday - Friday), 9:30am - 6:30pm (Saturday, Sunday and public holiday)

Website

2. Kimos

Kimos adalah restoran yang menyajikan masakan India dan Turki. Restoran ini berhampiran dengan lapangan terbang jadi anda mungkin mahu menjamu selera di restoran ini sebelum menaiki penerbangan anda. Cubalah hidangan khas untuk penggemar daging (meat lover plate) dari HKD105 (SGD19) di mana anda boleh memilih nasi atau kentang goreng sebagai pilihan anda atau burger ayam yang dibuat khas oleh tukang masak dari HKD95 (SGD17).

Status Halal: Mempunyai Sijil Halal
Maklumat: Shop L, Ground Floor, Retail Seaview Crescent, No. 8, Tung Chung Waterfront Road, Tung Chung
Waktu Operasi: 11am - 11pm


3. SkyCity Bistroskycity bistro by marriot

Kredit Gambar: Club Marriot

SkyCity Bistro adalah restoran di Hotel Hong Kong SkyCity Marriot. Menyajikan masakan antarabangsa, SkyCity Bistro menyediakan menu makanan Halal sepanjang hari. Anda boleh memilih dari pembuka selera seperti Piring Salmon Salai Norway berharga HKD188 (SGD33) atau terus membuat pesanan bagi hidangan utama mereka seperti Tenderloin Daging Sapi Bakar berharga HKD348 (SGD62).

Status Halal: Menu Halal tersedia. Alkohol disajikan di restoran.
Maklumat: 1 Sky City Road East, Hong Kong International Airport, Lantau Island
Waktu Operasi: 6:30am - 11am, 12pm - 2:30pm, 6pm - 10pm

Website

 

Dan itu semuanya, tempat makanan halal di Hong Kong! Dengan semua tempat-tempat makanan Halal ini, anda tidak akan berasa lapar lagi di Hong Kong. Anda juga boleh melihat senarai restoran yang mempunyai sijil Halal di Hong Kong di sini!

Artikel ini disampaikan kepada anda oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong.

 

I'm an aspiring digital marketer and enjoy projects that require creativity. I do freelance writing on travel-related articles and sell illustrations in my spare time.

Leave a comment