Terdapat beberapa elemen yang sememangnya diketahui orang ramai sebagai lambang imej bagi sesebuah negara, dan Sepanyol sememangnya dikenali dengan warna-warni budaya, makanan dan masyarakatnya di samping pelbagai fenomena menakjubkan yang didapati di dalam DNA Sepanyol.
Seiring dengan tarikan-tarikan lain di Sepanyol, salah satu faktor utama yang menyumbang kepada Keajaiban Sepanyol seperti hari ini adalah disebabkan oleh kekayaan kesenian dan kebudayaan Islam pada zaman dahulu dan sekarang, yang terdiri daripada istana-istana yang tersergam indah, masjid-masjid yang gah dibina di sepanjang era pemerintahan lampau serta monumen yang diberi sentuhan seni dekorasi Sepanyol, menjadikan negara ini sebagai salah satu tapak warisan kesenian dan seni bina yang sangat agung.
Sepanyol adalah sebuah negara yang sangat indah untuk diterokai dan semua orang mestilah tidak melepaskan peluang untuk menjejaki sejarah Islam yang terdapat di Sepanyol! Oleh itu, di sini kami ada menyediakan panduan lengkap untuk percutian yang mesra pelancong, terutamanya bagi individu muslim, yang ingin bercuti di Sepanyol dengan menyenaraikan 11 Tempat Tarikan Islam Paling Bersejarah Yang Wajib Dilawati ketika di sana:
Dipengaruhi oleh gaya Gothic Perancis abad ke-13, Primate Cathedral of Saint Mary of Toledo adalah sebuah Gereja Roman Katolik di Toledo, Sepanyol.
Sebelum ia dijadikan sebuah gereja katedral, masjid utama kota Toledo telah didirikan di lokasi tersebut. Pada hari ini, anda masih boleh melihat bekas menara yang digunakan oleh muazzin untuk melaungkan azan solat pada dahulu kala.
Batang aci marmar yang menampung bahagian luar koir adalah versi revolusi bangunan Islam era lama, dan anda juga boleh dapati gerbang-gerbang yang berunsurkan kesenian dari zaman khalifah di dalam triforium kapel utama serta ambulatori yang bertepatan dengan peradaban struktur Muslim Kordoba.
Cara Menuju Ke Sana
Untuk pergi ke Toledo dan melawat tempat ini, saranan terbaik adalah anda menaiki kereta api laju AVE dari Madrid yang akan mengambil masa 30 minit sementara bas atau kereta boleh mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Alamat: Calle Cardenal Cisneros, 1, 45002 Toledo, Spain
Waktu Operasi Muzium: 10AM hingga 6.30PM (Isnin-Sabtu)
2PM hingga 6.30PM (Ahad & Hari Tertentu)
Ditutup pada 1 Jan, 25 Dis & Hari Perayaan
(Rujuk di sini untuk maklumat lanjut tentang Waktu Operasi)
Harga Tiket Muzium: € 12.50 (Pakej Lawatan Lengkap)
€ 10 (Muzium)
(Rujuk di sini untuk maklumat lanjut tentang Harga Tiket)
Telefon: (+34) 925 22 22 41
Laman Web: www.catedralprimada.es
Terletak di pinggir barat Córdoba, Sepanyol, Madinat al Zahra yang juga dikenali sebagai Medina Azahara dan "bandar bersinar" adalah sisa binaan sebuah istana agam Moorish yang dibina oleh Abd-ar-Rahman III.
Dibina di kawasan seluas beberapa ekar tanah, bahagian Madinat al-Zahra yang paling menonjol tanpa ragu-ragu lagi adalah Dewan Abd al-Rahman III di mana pelancong pasti akan masuk kedalamnya, selepas melewati sebuah teres yang mendominasi sisa tinggalan masjid.
Orang ramai yang berkunjung ke sana akan dapat melihat beberapa lokasi yang luar biasa seperti Edificio Basilical Superior, yang digunakan sebagai pejabat-pejabat untuk ramai pegawai negeri serta Casa de Yafar, iaitu kediaman perdana menteri Khalifah.
Cara Menuju Ke Sana
Pejabat pelancongan buat masa kini menjadualkan waktu bertolak bas pada 10.15AM atau 5PM dengan tambang €7. Perlu diingat bahawa tiada bas tempatan yang pergi ke Madinat, tetapi anda boleh mengambil teksi ke lokasi tersebut dan kemudian meminta kakitangan muzium memanggil taksi untuk anda apabila anda perlu pulang ke pusat bandar Cordoba.
Sekiranya anda memandu dengan kereta, terdapat tempat meletak kereta yang mencukupi di sana. Pusat pelawat terletak di bahagian bawah bukit dan terdapat perkhidmatan bas ulang-alik yang akan membawa anda ke pintu masuk.
Jika anda mengambil teksi dari pusat Cordoba anda akan dikenakan bayaran sekitar €14 setiap perjalanan. Kemudian ambil bas dari kawasan muzium ke runtuhan arkeologi sebenar, yang menelan belanja €2.10 untuk perjalanan pulang. Madinat itu sendiri memerlukan banyak berjalan, menuruni bukit pertama dan kemudian perlu naik ke atas lagi, jadi perjalanannya agak mencabar untuk seseorang yang mungkin mengalami masalah pergerakan.
Alamat: Carretera de Palma del Río, km. 5, 5, 140 71 Cordoue
Waktu Operasi: 1 Januari hingga 31 Mac
9AM hingga 6PM (Selasa-Sabtu)
9AM hingga 3PM (Ahad & Cuti Umum)
Ditutup pada Isnin
1 April hingga 30 Jun
9AM hingga 9PM (Selasa-Sabtu)
9AM hingga 3PM (Ahad & Cuti Umum)
Ditutup pada Isnin
1 Julai hingga 15 September
9AM hingga 3PM (Selasa-Sabtu)
9AM hingga 3PM (Ahad & Cuti Umum)
Ditutup pada Isnin
16 September hingga 31 Disember
9AM hingga 6PM (Selasa-Sabtu)
9AM hingga 3PM (Ahad & Cuti Umum)
Ditutup pada Isnin
Harga Tiket: Sertai kumpulan di Cordoba
€26 (Pakej 3 jam dengan Pemandu Pelancong) | €25 (Lawatan Malam selama 1 jam 30 min)
Sertai kumpulan di Medina Azahara
€18 (Pakej 2 jam dengan Pemandu Pelancong) | €15 (Lawatan Malam selama 1 jam 30min)
(Rujuk di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut)
Telefon: (+34) 699 34 11 42
Laman web: www.medinaazahara.org
Restoran Halal Berdekatan
Dibina pada abad ke-16, Masjid Besar Cordoba dikenali dengan seni binanya yang melambangkan pengaruh dan pemerintahan umat Islam di Barat semasa zaman dahulu kala.
Pada mulanya, Abd al-Rahman telah membeli setengah daripada Katedral untuk membolehkan masyarakat Islam melaksanakan solat mereka. Kemudian, beliau telah berjaya mendapatkan separuh lagi untuk membina sebuah masjid baru. Kemudian, sebuah katedral dibina betul-betul di tengah-tengah masjid, maka ia diberi nama 'Mezquita-Catedral'.
Sebaik sahaja tiba di Masjid Cordoba para pelancong akan menyaksikan gerbang yang pelbagai jenis dan berbeza dari segi ketebalannya, yang dikenali sebagai gerbang ladam kuda, yang merupakan adaptasi gerbang Muslim pertama yang digunakan di Masjid Besar Umayyad di Damsyik.
Bangunan ini sangat terkenal dengan binaan hypostyle (arca gerbang) dewannya, dengan 856 tiang jasper, onyx, marmar, granit, dan porphyry. Pembinaannya dilihat sebagai salah satu monumen paling berseni binaan masyarakat Moor.
Sekiranya anda merancang untuk melawat masjid ini, masa ideal untuk melawat adalah pada waktu pagi kerana ia cenderung untuk menjadi sesak dengan kehadiran pelancong dan orang yang ingin menunaikan ibadat dari 11AM hingga 3PM.
Cara Menuju Ke Sana
Cordoba terletak 400 km jauh dari Madrid dengan masa perjalanan kira-kira 1 jam dan 45 minit jika menaiki kereta api AVE. Stesen kereta api moden Cordoba terletak di Avenida de America, di pusat daerah yang terletak di penghujung utara. Untuk sampai ke bandar lama dan Mezquita, anda boleh menaiki teksi (kira-kira €6) atau hanya berjalan kaki dengan jarak sejauh 25 minit perjalanan (menuju ke Avenida de America dan belok kanan ke Avenida del Gran Capitan).
Alamat: Calle Cardenal Herrero, 1, 14003 Córdoba, Sepanyol
Waktu Operasi: 8.30AM hingga 11.30AM | 3PM hingga 7PM (Isnin-Sabtu)
Harga Tiket: €10 (Masjid-Katedral)
€2 (Menara Loceng)
€18 (The Soul of Cordoba | Lawatan Malam)
(Rujuk di sini untuk Diskaun Harga)
Telefon: +34 957 47 05 12
Laman Web: mezquita-catedraldecordoba.es
Restoran Halal Berdekatan
Merupakan sebuah istana diraja di Seville, Sepanyol, Alcazar telah dibina untuk Raja Peter Castile yang beragama Kristian pada tahun 913 oleh Castilian Christians sebagai sebuah kubu penduduk Islam Abbadid yang telah hancur selepas pencerobohan Kristian di Seville. Bahagian atas bangunan Alcázar masih didiami oleh keluarga diraja. Ia adalah istana tertua yang masih digunakan di Eropah, dan didaftarkan pada tahun 1987 oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia.
Elemen paling menonjol untuk istana tersebut adalah ukirannya yang rumit yang terukir pada dinding batu dan taman-taman yang subur dengan pokok buah-buahan, hasil hortikultur dan pelbagai pilihan bunga aromatik. Kebun-kebun tersebut bukan sahaja menyediakan makanan untuk penduduk istana tetapi juga mempunyai hasil seni yang sangat mententeramkan mata. Airnya boleh digunakan dalam bentuk semburan jet, untuk kegunaan pengairan irigasi, kolam renang, runnels, dan juga kolam tasik.
Para pelancong yang sudah penat berjalan di sekitar istana diberi pilihan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti dan acara yang diadakan di sana yang dianjurkan oleh Dewan Penasihat Diraja dan Dewan Bandaran Alcazar.
Cara Menuju Ke Sana
Trem atau juga dikenali sebagai 'tranvia' pergi menghala ke selatan dari Plaza Nueva (pusat bandar) dan mempunyai empat perhentian, meliputi jarak keseluruhan 1.4km. Selepas berlepas dari Plaza Nueva, ia akan turun ke Avenida de la Constitucion melintasi Katedral, berhenti di Archivo de Indias (bersebelahan Istana Alcazar), San Fernando (di mana terletaknya stesen Metro Puerta Jerez), Prado de San Sebastian (stesen Metro) , dan akhirnya berhenti di stesen keretapi San Bernardo (Stesen Metro), di mana anda boleh menaiki kereta api Cercanias. Ia beroperasi dari 6AM hingga 1.30AM.
Anda boleh membeli tiket dengan harga €1.20 di mana-mana stesen. Pilihan yang lebih jimat adalah dengan menggabungkan tiket bas/trem yang boleh dicas semula, Tarjeta Multiuso.
Alamat: Patio de Banderas, s / n. 41004 - Sevilla
Waktu Operasi: Oktober hingga Mac
9.30AM hingga 5PM (Isnin-Ahad)
April hingga September
9.30AM hingga 7PM (Isnin-Ahad)
Harga Tiket: €1 (Lawatan Umum)
€5.50 (Lawat Alcazar + Bilik Tinggi Sebenar)
€11.50 (Lawat Alcazar + Bilik Tinggi Sebenar + Panduan Audio)
€14 (Lawatan Teater Malam)
(Rujuk di sini untuk pilihan tiket lain)
Telefon: (+34) 954 50 23 24
Laman Web: www.alcazarsevilla.org
Restoran Halal Berdekatan
Dicatatkan sebagai Monumen Nasional pada tahun 1931 dan terletak pada "Cerro de las Torres", Castillo Arabe telah dibina oleh penduduk Arab sejak zaman Phoenicia dan Rom. Ia adalah ruang tertutup dengan gerbang arca ladam kuda yang tajam.
Terletak di bahagian bawah bukit, apa yang masih tersisa di atas kubu amat dilindungi oleh umat Islam mengikut sejarah. Mengikut legenda, terdapat kisah di mana ahli sejarah bercakap tentang bagaimana Emir Muhammad IX mengunci anak-anak perempuannya di dalam kubu tersebut.
Untuk menerima manfaat sepenuhnya dari monumen tersebut, lawati Jambatan Muslim kuno sebelum mendaki gunung Castillo Arab untuk menghayati semangat juang dan keberanian panglima Islam dalam mempertahankan diri di samping menikmati pemandangan indah ketika anda berjalan di sekitar runtuhan benteng itu dan merenung sejarah Castillo Arabe, yang bertarikh dari abad ke-12 dan seterusnya.
Cara Menuju Ke Sana
Malaga terkenal dengan Teksi Basikal (Trixis) mereka. Trixis adalah cara yang cepat untuk melihat Malaga City. Pakej anda sudah boleh dianggap lengkap sepenuhnya, jadi teksi basikal adalah pilihan terbaik yang bersesuaian dengan kebanyakan musim cuaca serta menjadi sistem pengangkutan untuk pergi ke lokasi ini yang juga terletak di Malaga. Harga telah ditetapkan kepada €9 seorang, tetapi harganya boleh menjadi berbeza berdasarkan sejauh mana anda pergi dan syarikat mana yang anda buat tempahan.
Pelancong yang melawat Castillo Arabe juga boleh ke sana dengan menaiki kereta api tempatan bernama Alhameda yang terletak di Explanada de la Estacion berhampiran muzium CAC.
Malaga juga mempunyai sistem metro dua jalan yang pergi dari pusat ke barat dan barat daya kota, bermula dari Maria Zambrano.
Anda juga boleh menggunakan rangkaian perkhidmatan bas tempatan untuk menghubungkan anda ke kawasan di sekitar pusat bandar.
Alamat: Calle Castillo Málaga
Waktu Operasi: 10AM hingga 6PM (Sabtu-Ahad, Hari Perayaan)
Harga Tiket: Masuk percuma
Telefon: (+34) 95 249 55 77
Laman Web: www.andalucia.org/en
Terletak di Granada, Andalusia, Sepanyol, Alhambra juga dikenali sebagai ‘mutiara di dalam zamrud’ merupakan sebuah istana dan kubu yang menggambarkan seni bina Islam terkenal dan merupakan tarikan utama pelancong di Sepanyol.
Bangunan ini pada asalnya dibina sebagai istana kecil pada 889 AD di atas sisa tinggalan kubu Rom dan dibina semula pada pertengahan abad ke-13 oleh Nasrid emir Mohammed ben Al-Ahmar dari Granada. Bangunan ini kemudiannya diubah menjadi istana pada tahun1333 oleh Yusuf I, Sultan Granada. Istana ini dijadikan kubu ketenteraan kerana kedudukannya yang sesuai untuk memntau keseluruhan kota.
Alhambra adalah adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO dan telah menjadi irama beberapa lagu dan cerita.
Perhiasannya terdiri daripada inskripsi Arab yang dihiasi di dalam acuan geometri. Moji-mozek berjubin dengan corak matematik yang rumit digunakan sebagai panel untuk bahagian bawah binaan.
Selain dari rujukan sejarah, terdapat banyak lagi tempat untuk dilawati- dari Alcazaba dan istana-istana, Hall of the Boat, tempat mandian umum, Patio of the Lions, Comares dan Justice Gate.
Pro Tip: Disebabkan pelancong yang terlalu ramai pada kemuncak musim panas, adalah disarankan untuk anda menempah pakej lawatan dan tiket terlebih dahulu bagi mengelakkan kekecewaan. Sebaiknya, rancanglah lawatan anda pada musim sejuk untuk mengelakkan pelancong yang ramai.
Jangan lupa menghilangkan dahaga anda dengan bekalan air dalam perjalanan anda! Adalah diingat bahawa, anda perlu menyebut dengan jelas kepada vendor tiket anda tentang masa lawatan anda. Ketepatan waktu adalah penting kerana sebarag kelewatan tidak diterima.
Cara menuju ke sana
Anda boleh meniki bas mini merah Alhambra Bus C3, yang bergerak setiap 10 minit dari Plaza Nueva ke Alhambra. Perhentian yang anda perlu perhatikan adalah ‘Generalife’.
Harga tiket adalah dan €1.20 boleh dibeli terus dari bas. Jika anda merancang untuk tinggal di Granada beberapa hari dan anda akan menggunakan pengangkutan bas tujuh kali atau lebih, adalah lebih baik anda membeli Travel Card yang dipanggil Bonobus. Dengan cara ini, perbelanjaan anda menjadi lebih jimat.
Dari Hab Granada, tambang taxi berharga lebih kurang €6 to €8, manakala dari stesen bas Granada pula lebih kurang €10 to €12.
Kereta tidak dibenarkan memasuki Alhambra tetapi terdapat tempat letak kereta bersebelahan dengan monument tersebut. Bayaran yang dikenakan lebih kurang €2.50/jam.
Alamat: C/ SAN ANTON, 72, Ed. Real Centre, 1º Izquierda - LOCAL 39. 18005 Granada Sepanyol
Waktu operasi: 1 April hingga 14 Oktober
Lawatan siang | 8.30AM to 8PM (Isnin-Ahad)
Lawatan malam | 10PM to 11.30PM (Selasa-Sabtu)
15 Oktober hingga 31 Mac
Lawatan siang | 8.30AM to 6PM (Selasa-Sabtu)
Lawatan malam | 8PM to 9.30PM (Jumaat-Sabtu)
Harga tiket masuk: €14 (Rujuk sini untuk pilihan tiket)
Hubungi: (+34) 902 88 80 01 (Kontak Tempatan-Sepanyol) | +34 958 926 031 (Kontak Antarabangsa)
Laman web: www.alhambra.org
Restoran Halal berdekatan
Peminat seni bina dan rekaan dalaman? Istana Viana adalah tempat seterusnya yang mesti anda lawati!
Dibina pada abad ke-15, bangunan ini merupakan rumah kepada Villasica Marquiasate. rumah ini memberikan pelancong pengetahuan dan merasai sendiri pengalaman berada di dalam rumah tradisional aristocrat.
Rekaan dalaman yang indah dan sangat berlainan dengan rekaan yang lain, menggambarkan bagaimana keadaan kehidupan pada waktu dahulu. Anda akan terasa seperti kembali ke zaman silam!
Bangunan ini mempunyai librari yang mengndungi tujuh ribu volume dan koleksi permaidani Flemish dan Goyesque; barangan perak Cordoba; karpet; perabot abad ke-17; porcelain dan lain-lain lagi.
Salah satu dari tarikan utamanya adalah 12 halaman indah yang bersambung antara satu sama lain dan dihiasi pelbagai jenis flora.
Cara menuju ke sana
Selain menjadi salah satu pilihan kerana harga yang murah, pengangkutan awam yang menjadi pilihan di Cordoba menuju ke tempat ini adalah bas. Tambang bas adalah €1.30 (satu hala) tetapi jika anda sering menggunakan bas, saya cadangkan anda membeli Pas Bonobus untuk lebih penjimatan.
Alamat : Plaza de don Gome, 2 14001 Córdoba
Waktu Operasi: Musim Sejuk (1 September ke atas)
10AM to 7PM (Selasa-Sabtu)
10AM to 3PM (Ahad)
Tutup pada hari Isnin
10AM to 7PM (12 Oktober)
11AM to 8PM (19 Oktober – 28 Oktober)
Musim Panas (Julai & Ogos)
9AM to 3PM (Selasa-Ahad)
Tutup pada hari Isnin
Harga Tiket: €8 (Lawatan Penuh) | €5 (Lawatan luar sahaja)
Percuma (Rabu dari jam 2PM hingga 5PM)
(Rujuk sini untuk maklumat lanjut)
Hubungi: (+34) 957 49 67 41
Laman web: www.palaciodeviana.com
Restoran Halal Berdekatan
Binaan ini merupakan bekas masjid di Toledo, Sepanyol, Mezquita del Cristo de la Luz telah wujud sejak zaman Moorish. Binaan ini dulunya dikenali sebagai Mezquita Bab-al-Mardum, yang diambil sempena pintu kota Bab al-Mardum. Setelah abag ke-10, bangunan ini kekal menjadi monument standard Moorish sehingga hari ini.
Perhatikan tulisan Arab pada hujung barat-selatan yang memaparkan sejarah perubahan masjid dari semasa ke semasa. Bangunan antik ini mempamerkan keunikkan campuran budaya yang menarik. Tiang-tiang bangunan dan gerbang berbentuk ladam kuda menggariskan sembilan bahagian yang berbeza, setiap satunya menyumbang kepada bentuk geometri yang rumit.
Cara menuju ke sana
Stesen kereta api dan bas terdapat dalam lingkungan radius 2km dari Masjid. Pelancong juga boleh mendapatkan kereta sewa atau teksi untuk mereka yang ingin menuju dari Madrid ke Toledo.
Bus adalah pengangkutan terbaik dari segi penjimatan berbanding kereta api memandangkan kosnya hanyalah 5 euro sehala dan mengambil lebih kurang sejam setengah dari Madrid ke Toledo. Bas bergerak setiap setengah jam dari Plaza Eliptica ke selatan Madrid.
Menggunakan Kereta api: Stesen Toledo
Kereta api kelajuan tinggi dari Madrid ke Toledo berlepas dari Atocha, Stesen kereta api utama Madrid. Kereta api berlepas setiap sejam atau setengah jam pada waktu pagi dan setiap jam pada waktu petang, jadi anda perlu menggunakan masa setengah jam sebaiknya.
Alamat: Calle Cristo de la Luz, 22, 45003 Toledo
Waktu Operasi: 1 Mac hingga 15 Oktober
10AM to 6.45PM (Setiap hari)
16 Oktober hingga 28 Februari
10AM to 5.45PM (Setiap hari)
Tutup pada 1 Januari dan 25 Disember
Tutup pada 1PM pada 24 Disember dan 31 Disember
Harga Tiket: €2.80
€9 (Gelang Pelancong)
(Rujuk sini untuk pilihan tiket)
Kontak: (+34) 925 254 191
Emel: [email protected]
Laman web: www.toledomonumental.com
Dengan keluasan 11,520 m2, Katedral Seville atau lebih popular dengan nama Santa Maria de la Sede Cathedral adalah katedral gotik terbesar di dunia.
Ia adalah kota utama Khalifah Umayyah dari abad ke-8 hingga abad ke-13 sehingga ketika Seville ditawan oleh orang Kristian pada kurun ke-12, mereka memutuskan untuk menggunakan masjid sebagai gereja.
Pekerja-pekerja pembinaan memelihara beberapa ciri antik masjid seperti sahn masjid iaitu tempat mengambil wudu’ yang kini dikenali sebagai Patio de los Naranjos. Terdapat air pancut dan pokok oren di dalamnya. Tidak dilupakan juga Minaret yang terkenal yang telah diubah menjadi menara loceng bernama La Giralda.
Di dalamnya terdapat laluan nave terpanjang berbanding mana-mana katedral di Sepanyol. Laluan nave paling dalam mempunyai ketinggian sehingga 42 meter. Di tengah-tengah katedral, ciri-ciri yang paling jelas adalah loteng paduan suara yang besar, yang mengambil bahagian pertengahan nave dan bingkai Gothic yang besar yang diukir keadaan kehidupan Christ. Karya seni ini adalah hasil seorang seniman bernama Pierre Dancart, yang menyiapkan karyanya seorang diri.
Memandangkan para pelancong perlu menggunakan banyak tenaga untuk meneroka seluruh kawasan ini, anda digalakkan untuk membawa snek dan air untuk kekal bertenaga. (Jangan lupa menggunakan kasut yang selesa! Sliper dan sandal sangat-sangat tidak digalakkan).
Cara menuju ke sana
Anda boleh ke Katedral Seville (Catedral de Sevilla) dengan Bas, Metro atau kereta api. Berikut adalah line dan laluan yang mempunyai hentian berdekatan.
Metro: L1
Kereta api: C4
Bas: 21, 37, C1, C4
Alamat: Avenida de la Constitución, s/n, 41004 Sevilla, Sepanyol
Waktu Operasi: 11AM to 3.30PM (Isnin)
11AM to 5PM (Selasa-Sabtu)
2.30PM to 6PM (Ahad)
Julai & Ogos (Kecuali 17 & 25 Julai)
10.30AM to 4PM (isnin)
10.30AM to 6PM (selasa-sabtu)
2PM to 7PM (Ahad)
Tutup pada 1, 6 Januari dan 25 Disember
(Rujuk sini untuk maklumat lanjut)
Harga tiket: €9 (Katedral, Giralda & Salvador)
€15 (Bumbung Katedral)
€12 | dengan minimum 10 orang setiap lawatan (Huella de lo Sagrado)
€4 (Hanya El Savador)
*Pada setiap hari Isnin, caj masuk ke Cathedral & Giralda adalah PERCUMA
(Rujuk sini untuk pilihan tiket)
Kontak: (+34) 902 09 96 92
Laman web: www.catedraldesevilla.es
Berasal dari agama Islam, Menara Calahorra adalah pintu gerbang di pusat bersejarah Córdoba, Sepanyol. Pada mulanya ia telah dibina oleh Moors dan kemudiannya telah dibina semula oleh King Enrique II pada 1369, dan sebuah menara tambahan telah ditambah ke pintu pagar untuk menyatukan dua menara yang lebih lama.
Para pelancong boleh menyaksikan kisah terkenal Kristian, Muslim, dan Yahudi yang hidup dalam aman dan sejahtera semasa pemerintahan lampau sewaktu berjalan melalui menara tersebut.
Khazanah monumental yang ditayangkan sekarang ini dahulunya digunakan sebagai pertahanan sempadan dari serangan luar. Ia kemudiannya ditukar menjadi penjara dan sekolah perempuan.
Muzium ini memelihara artifak-artifak yang memaparkan penghidupan tiga agama yang berlainan dalam bentuk dokumen dan gambar, yang membolehkan para pelancong melihat ke dalam gaya hidup zaman itu.
Cara Menuju Ke Sana
Pelancong mempunyai pilihan untuk menggunakan pengangkutan keretapi, melalui Stesen Keretapi Cordoba, atau menaiki bas melalui Estación de autobuses interurbanos de córdoba untuk tujuan perjalanan yang berada dalam radius 2 km dari pusat tarikan.
Alamat: Menara Calahorra, Puente Romano s / n, 14009 - Córdoba (Sepanyol)
Waktu Operasi: Musim Sejuk (1 Oktober 1 hingga 30 April)
10AM hingga 6PM (Isnin-Ahad)
Musim Panas (1 Mei hingga 30 September)
10AM hingga 2PM | 4.30PM hingga 8.30PM (Isnin-Ahad)
Harga Tiket: €4.50
(Rujuk di sini untuk pilihan tiket lain)
Telefon: +34 957 293 929
Laman Web: www.torrecalahorra.es
Ditubuhkan pada tahun 1349 oleh Raja Monarki Nasrid Yusuf I, Sultan Granada, Madrasah Granada adalah sebuah masjid/sekolah di Granada, Andalusia, Sepanyol. Subjek yang diajar ialah teologi, perubatan undang-undang, astronomi, logik, matematik, geometri, dan mekanik.
Bangunan tersebut sangat mengagumkan ramai orang seperti binaan Yusuf I yang lain, Sultan Granada, dengan akses marmar putih, sisa tinggalannya kini dipamerkan di Muzium Arkeologi Granada.
Pemandangan bangunan abad ke-18 ini dipenuhi dengan inskripsi puisi dan falsafah. Mihrabnya berasal dari abad ke-14.
Pembinaannya, yang dimiliki oleh Universiti Granada, telah mengalami aktiviti penggalian arkeologi yang meluas pada tahun 2006-2007 dan kemudiannya dibuka semula kepada orang ramai pada tahun 2011.
Cara Menuju Ke Sana
Sebagai pengganti kepada AVE, terdapat juga keretapi RENFE yang murah, seperti Lanzaderas ke Seville dan Malaga (harga sekitar €15 hingga €20) atau Altaria dan keretapi Alivia menuju Granada (2 jam 30 minit) dan Madrid (2 jam 30 minit). Anda boleh merujuk kepada Renfe untuk jadual, harga, dan tiket.
Jika anda menuju ke destinasi ini dari lokasi yang terletak jauh di Sepanyol, anda boleh menaiki pengangkutan udara. Granada mempunyai lapangan terbang yang terletak 12km di bahagian barat bandar. Terdapat juga bas yang mempunyai jadual perjalanan yang kerap dari Seville, Málaga, Madrid, dan juga Cordoba.
Stesen bas terletak kira-kira 2 batu dari pusat bandar. Ia mengambil masa kurang dari 10 minit dengan menaiki bas (bas tempatan SN1, €1.20 sehala), atau 30 minit jika anda memilih untuk berjalan kaki ke stesen kereta api.
Pilihan untuk memandu di Granada adalah sebuah mimpi ngeri yang sebaiknya dielakkan sama sekali. Pusat daerahnya berada dalam keadaan yang sangat huru-hara kerana jalan sempit, sehala dan terhad kepada bas, teksi, dan skuter.
Alamat: Espacio V Centenario, Avda. Madrid, s / n, 18071 Granada - Sepanyol
Waktu Operasi: 10.30AM hingga 1PM (Isnin-Ahad)
Laman Web: lamadraza.ugr.es
Restoran Halal Berdekatan
Beberapa garis panduan umum yang dinasihati:
Sepanjang bulan Jun-Ogos, musim panas akan melanda Sepanyol, seterusnya menarik minat ramai pelancong untuk datang ke negara ini. Sebaiknya elakkan untuk pergi semasa bulan-bulan ini disebabkan oleh iklim terik dan kenaikan harga penginapan serta tarikh lawatan.
Jika anda memilih untuk melancong di Sepanyol sewaktu musim panas maka sediakan pakaian kapas yang ringan dan nipis bersama beberapa seluar jeans yang longgar dan juga sepasang kasut yang bagus untuk berjalan kerana anda akan perlu banyak berjalan kaki!
Waktu yang ideal untuk melawat adalah pada bulan musim bunga dan luruh. Mac-April/Oktober-November, kerana cuaca yang sederhana memudahkan perjalanan anda (dan juga ketika itu tidak ramai pelancong!)
Disebabkan bulan-bulan musim sejuk (November-Februari) bukanlah musim melawat, kebanyakan kawasan tarikan dan pusat pelancongan tidak beroperasi.
Jika anda merancang untuk melawat pada bulan-bulan ini, sebaiknya anda periksa apa yang ada sebelum pergi. Dari segi pemakaian, sudah tentulah anda perlu menyediakan jaket, baju hujan, kasut dan pakaian panas, kecualilah kalau anda memang suka pada radang dingin.