11 Masakan Tempatan Sepanyol Yang Mesti Dicuba Apabila Anda Melawat Ke Sini!

By Nathasha Wickramasinghe | 07, Dec, 2018
11 Masakan Tempatan Sepanyol Yang Mesti Dicuba Apabila Anda Melawat Ke Sini!

Sebagai gerbang di antara Eropah dan Afrika dan juga Laut Mediteranean dan Lautan Atlantik, Sepanyol telah menjadi rebutan banyak kuasa besar seperti orang Rom dan Yunani, selain orang Islam dari Afrika dan Tanah Arab.

Makanan Sepanyol mendapat pengaruh besar daripada sejarah berbilang budayanya dengan orang Yunani dan Rom yang memperkenalkan buah zaitun dan minyak zaitun dan dengan itu memulakan vitikultur di Sepanyol; orang Visigoth dan Celt memperkenalkan orang Sepanyol kepada bru, sementara orang Moor dan Berber yang datang melalui Selat Gibraltar ketika penaklukan Islam membawa bersama mereka beras, betari, safron, terung, oren, pic, almond dan lemon, menghasilkan hidangan Andalusia.

Sepanyol adalah salah satu kuasa besar dalam penerokaan dan kolonisasi Amerika. Dengan itu, diperkenalkan bahan-bahan seperti tomato, kentang dan paprika dalam masakan Sepanyol.

Sepanyol adalah di mana coklat yang kita kenal kini dicipta; dimana gula mula-mula ditambah kepada coklat untuk mengurangkan kepahitan semulajadinya di Sepanyol!

Penerokaan dan sifat ingin tahu pada masa lepas telah membawa kepada makanan Sepanyol yang kita suka dan kenal hari ini, berikut adalah 11 hidangan makanan Sepanyol yang anda mesti cuba!

1.Paella

Paella, mungkin adalah makanan Sepanyol yang paling dikenali! Ia adalah makanan yang serba boleh dan seimbang yang tentunya akan membuat anda mahu menambah lagi!

Pada abad ke-10, orang Moor di Sepanyol Islam memperkenalkan penanaman padi yang memberi kesan besar kepada makanan Sepanyol. Makanan Valencia menggabungkan nasi ke dalam masakan harian mereka, membuat kaserol nasi dengan arnab dan rempah ratus untuk keraian keluarga dan perayaan keagamaan.

Dengan itu, menjelang abad ke-15, nasi telah menjadi bahan utama dalam masakan Valencia!

Paella boleh disediakan dengan pelbagai bahan berbeza tetapi unsur utama tentulah nasi. Mereka biasanya menggunakan jenis Bomba dan Calasparra yang ditanam sepanjang pantai timur Sepanyol, dan digunakan disebabkan keistimewaan mereka menyerap segala perisa daripada hidangan-hidangan lain.

Paella disediakan secara tradisional bersama arnab atau ayam, safron, kacang merayap dan kacang serinding, namun begitu, terdapat juga jenis makanan laut. Ini boleh disediakan dengan kerang-kerangan seperti kupang, udang, dan juga sotong.

Jenis paella paling popular adalah paella campur yang menggabungkan daging-daging darat dan juga makanan laut.

Arroceria Marina Ventura mendakwa mereka menghidangkan paella dan masakan nasi yang terbaik, jadi lawati mereka jika anda berada di Madrid!

Alamat: Calle Ventura de la Vega, 13 Madrid, 28014, Spain
Masa Dibuka: 1.15PM ke 12AM (Setiap Hari)
Nombor Telefon: (+34) 914 29 38 10
Laman Sesawang: arroceriaventura.com

2. Gazpacho

Ini adalah makanan Sepanyol klasik yang terkenal di seluruh dunia!

Hidangan Andalusia purba ini berasal daripada orang Rom yang membawanya bersama ketika ke Sepanyol. Pada masa itu, ia hanyalah sup mengandungi roti, minyak zaitun, bawang putih dan cuka.

Hanya pada abad ke-19 ia mendapat warna merah yang terkenal apabila tomato diperkenalkan kepada resipi ini mengubahnya kepada hidangan musim panas sejuk yang disukai ramai hari ini!

Gazpacho moden dibuat menggunakan cili kembung, bawang dan timun; ia juga menggantikan tomato dan roti dengan avokado, tembikai, anggur, stok daging malah makanan laut!

Jika anda berjalan-jalan pada hari musim panas membahang di Sepanyol, cari gazpacho kerana ia dihidangkan sejuk! Memandangkan ia mengandungi banyak sayur-sayuran dan roti, ia adalah Halal, jadi anda tidak perlu risau mencubanya.

Anda boleh pesan hidangan ini di El Torreón Restaurante.

Alamat: Playa Butibamba, La Cala de Mijas, 29649 Mijas Costa, Spain
Masa Dibuka: 10AM ke 12AM (Setiap Hari)
Nombor Telefon: (+34) 913 76 07 77
Laman Sesawang: www.restaurantetorreonlacala.com

3. Tortilla Española

Juga dikenali sebagai tortilla de patatas atau tortilla de papas, ia dikenali sebagai telur dadar Sepanyol dalam Bahasa Melayu.

Rujukan pertama tentang tortilla ditemui tertulis dalam dokumen Navarra tidak bernama dialamatkan ke mahkamah pada 1817, yang menerangkan kesusahan hidup dialami orang tempatan.

Ia mengatakan wanita telah mempelajari menyediakan tortilla dengan mencampurkan beberapa telur, kentang dan beberapa bahan lain.

Namun begitu, legenda di sebalik tortilla adalah seorang jeneral Carlism membuat satu hidangan dipanggil 'tortilla de patatas', sejenis hidangan yang mudah dan berkhasiat untuk mengatasi kekurangan dalam tentera Carlism.

Satu lagi legenda adalah jeneral ini mendapat idea daripada seorang isteri petani.

Ia adalah makanan ringkas mengandungi telur, kentang dan kadang-kadang bawang; namun begitu, penambahan bawang dianggap satu kontroversi oleh penggemar makanan ekstrim. Makanan ini dihidangkan sejuk atau suam.

Anda boleh menemui tortilla de patatas terbaik di Casa Dani untuk nilai hebat dan rasa Sepanyol asli! Mereka merupakan sebuah cafeteria kecil yang tersembunyi di dalam Mercado de la Paz.

Alamat: Calle de Ayala, 28, 28001 Madrid, Spain
Masa Dibuka: 7AM ke 7PM (Isnin-Sabtu)
                        Ditutup hari Ahad
Nombor Telefon: (+34) 915 75 59 25

4. Turrón

Turrón telah wujud sejak abad ke-15 dan dimakan di seluruh Sepanyol sekarang.

Gula-gula ini mempunyai akar Islam; gula-gula moden ini mungkin datang daripada resipi Islam yang dibuat di kawasan-kawasan Islam dalam negara ini dan dikenali sebagai turun.

Manisan serupa telah dijual pada era Rom Lama dikenali sebagai cupeto atau cupedia.

Turrón dibuat dengan almond, susu, putih telur, gula dan madu; ia adalah sejenis nougat dan kerap dimakan ketika Krismas.

Ia boleh ditemui dalam dua jenis, keras dan lembut; turrón keras disediakan dengan sebiji almond, sementara turrón lembut disediakan menggunakan pes almond dan minyak.

Anda boleh menemui turrón hampir di mana-mana sahaja di Sepanyol tetapi; lawatan ke TORRONS VICENS PETRITXOL adalah wajib.
Alamat: Carrer de Petritxol, 15, 08002 Barcelona, Spain
Masa Dibuka: 10AM ke 8.30PM (Isnin-Sabtu)
                       11AM ke 8PM (Ahad)
Nombor Telefon: (+34) 933 04 37 36
Laman Sesawang: www.vicens.com

5. Gambas al ailljo

Ini bermaksud udang dalam sos bawang putih, tidakkah ia bunyi macam sedap?! Asal sebenar makanan ini tidak diketahui, tetapi ia adalah penting bagi Tapas.

Tapas penting dalam masakan Sepanyol, ia dikatakan berasal dari abad ke-13 ketika Raja Castille Raja Alfonso Kelima menderita penyakit yang memerlukan baginda memakan jumlah makanan yang kecil disertakan dengan wain. Apabila baginda sembuh, baginda membuat undang-undang dimana  wain harus dihidangkan bersama tapas.

Tavern di seluruh Sepanyol mula menghidangkan bekas wain bersama sekeping roti dengan keju atau jem. Tapa adalah perkataan Sepanyol untuk penutup, dan dengan itu Tapas terlahir!

Tapas biasanya dihidangkan di bar, namun begitu, ia perlu dicuba – ambil perhatian yang mereka menjual alkohol di restoran dan bar. Ini adalah sebuah hidangan mudah yang disediakan dengan bahan-bahan ringkas tetapi amat lazat!

La Casa Del Abuelo adalah tempat yang amat disarankan untuk mencuba gambas al ailljo. Restoran ini malah dipaparkan dalam laman sesawang Lonely Planet.

Ia merupakan restoran lama yang telah beroperasi selama lebih daripada seratus tahun jadi anda pasti mendapat makanan berkualiti terbaik yang disediakan dengan penuh perhatian.

Alamat: Calle de la Victoria, 12, 28012 Madrid, Spain
Masa Dibuka: 12PM ke 12AM (Ahad-Khamis)
                         12PM ke 1AM (Jumat & Sabtu)
Nombor Telefon: (+34) 910 00 01 33
Laman Sesawang: lacasadelabuelo.es

6. Pulpo al la gallega

Ini adalah masakan sotong Galicia tradisional juga dikenali sebagai polbo á feira atau pulpo estilo feira.

Hidangan ini telah disediakan dengan cara yang sama untuk berkurun-kurun lamanya. Puplo al la gallega pertama sekali dibawa lebih kurang 125 tahun lepas apabila gembala baghal mula-mula menghantar sotong ke pasar lembu ternak kawasan pedalaman di mana ia disediakan dengan minyak zaitun dan paprika.

Sotong ini disediakan dalam belanga tembaga dan ini menambah rasa kepada masakan ini.

Sotong adalah sebahagian besar masakan laut Sepanyol, dan orang Sepanyol tahu bagaimana menyediakan masakan sotong yang enak, jadi jangan lupa mencubanya apabila sampai ke Sepanyol!

Rasai pulpo a la gallega Galecia asli di Rias de Gallecia.

Alamat: Carrer de Lleida, 7, 08004 Barcelona, Spain
Masa Dibuka: 1PM ke 4PM | 8PM ke 11.30PM (Isnin-Ahad)
Nombor Telefon: (+34) 934 24 81 52
Laman Sesawang: riasdegalicia.com

7. Pisto

Juga dikenali sebagai pisto manchego, ia adalah masakan asli di Murcia dan Castilla La Mancha. Ia disediakan dengan tomato, bawang, terung atau courgette, lada kembung hijau atau merah, dan minyak zaitun.

Ia juga dikenali sebagai ratatouille versi Sepanyol dan dihidangkan sebagai pembuka selera atau dipasangkan dengan masakan lain.

Pisto biasanya dihidangkan dengan telur goreng dan sekeping roti; ini juga boleh dijadikan hidangan vegan yang hebat. Pisto juga boleh digunakan sebagai inti untuk empanada dan tortilla.

Cuba pisto asli di Taberna Maspina di Calle de Cádiz!

Alamat: Calle de Cádiz, 9, 28012 Madrid, Spain
Masa Dibuka: 10AM ke 2AM (Ahad-Khamis)
                           10AM ke 2.30AM (Jumaat & Sabtu)
Nombor Telefon: (+34) 915 23 40 24

Facebook

8. Crema Catalana

Crème brûlée versi Sepanyol yang disukai ramai ini adalah sebahagian daripada masakan Catalan. Banyak orang mendakwa mencipta pencuci mulut manis ini dan orang Catalonia mendakwa mereka yang menciptanya mula-mula. Catalonia berada di sudut timur laut Sepanyol, berhampiran dengan sempadan Perancis.

Resipi untuk crema Catalana boleh ditemui dalam buku-buku masak ditulis pada abad ke-14 dan ke-16. Ia dijelaskan sebagai krim kastard dengan permukaan atas yang terbakar; permukaan gula dibakar menggunakan batang logam panas untuk memberikannya kerak terbakarnya yang dikenali.

Crema Catalana juga disebut sebagai Crema de San José (krim Saint Joseph) yang juga dianggap sebagai hari bapa Sepanyol, dan hanya akan dihidangkan pada hari itu. Namun begitu, pada zaman moden anda boleh mendapatkan pencuci mulut ini di mana-mana dan pada bila-bila sahaja.

Untuk mencuba sedikit kelainan pada crema Catalana, lawati patisserie escriba!

Alamat: Gran Via de Les Corts Catalanes, 546, 08011 Barcelona, Spain
Masa Dibuka: 8.30AM ke 9PM (Isnin-Jumaat)
                          8AM ke 9PM (Sabtu-Ahad)
Nombor Telefon: +34 934 54 75 35
Laman Sesawang: www.escriba.es

9. Empanada

Masakan Galicia klasik, anda tidak akan menyesal dengan empanada!

Empanada wujud sejak 1520 dan tidak seperti empanada Latin yang disediakan sebagai beberapa pai tangan kecil, empanada Galicia disediakan sebagai satu pai besar yang boleh mempunyai bentuk empat segi atau bulat dan kemudian dipotong kepada bahagian-bahagian lebih kecil.

Empanada terkenal di kalangan petani, yang akan membawanya bersama ke ladang untuk dimakan ketika bekerja.

Empanada adalah roti yang beryis, dengan kerak pai yang ber doh dipenuhi dengan bawang ditumis, lada kembung, bawang putih dan sejenis protein. Protein yang biasa digunakan adalah tuna atau bonito, ayam atau sotong.

Tempat yang tepat untuk mencuba empanada adalah tempat yang khusus membuatnya! Cubalah empanada di El Club de L' Empanada.

Alamat: Carrer de la Dagueria, 7, 08002 Barcelona, Spain
Masa Dibuka: 9AM ke 5PM | 7PM ke 11PM (Isnin-Sabtu)
Nombor Telefon: +34 933 10 76 47
Laman Sesawang: clubdelaempanada.com

10. Berenjenas con Miel

Makanan yang ringkas tetapi sedap, jangan terlepas untuk mencuba!

Satu lagi contoh bagaimana orang Moor mempengaruhi masakan Sepanyol, berenjenas con miel telah diperkenalkan ketika pendudukan mereka selama 700 tahun di Semenanjung Iberia.

Masakan ini menggabungkan kedua-dua rasa manis dan masin dan ditambahkan tekstur lembut terung, ia tentunya digemari!

Berenjenas con Miel hanyalah terung/aubergine goreng yang dihidangkan dengan madu, makanan ringkas ini adalah pembuka selera yang hebat. Cubalah masakan ini di Taberna Las Meigas

Alamat: Calle Emancipación, 11, 29640 Fuengirola, Málaga, Spain
Masa Dibuka:  12PM ke 5PM | 8PM ke 12AM​ (Isnin-Ahad)
Nombor Telefon: +34 951 77 65 99

Facebook

11. Churros

Kita akhiri dengan sesuatu yang manis. Di mana lagi mahu mencuba makanan yang disukai seluruh dunia ini selain negara asalnya?

Makanan manis ini mempunyai sejarah yang eksotik. Sesetengah orang berpendapat ia diperkenalkan oleh orang Portugis yang berlayar ke Timur dan membawa churros bersama mereka, dan resipi ini meloncat sempadan ke Sepanyol di mana ia diubahsuai sehingga dohnya meleler keluar melalui acuan berbentuk bintang dan tidak ditarik yang merupakan teknik Cina asal.

Satu lagi teori mengatakan ia pertama kali dibuat oleh penggembala Sepanyol yang hidup di pergunungan sebagai pengganti makanan bakar kerana ia adalah doh yang ringan dan lebih mudah disediakan.

Di zaman ini, churros boleh ditemui di seluruh Sepanyol; di restoran-restoran ia dihidangkan sebagai sarapan, di penjaja-penjaja jalanan sebagai snek untuk dinikmati pada bila-bila masa sepanjang hari, termasuk di churrería khusus.

Ia boleh dihidangkan dalam pelbagai cara; ia boleh dihidangkan dengan gula kayu manis, coklat, dulce de leche dan juga café con leche – sejenis kopi Sepanyol. Rasai churros terbaik di salah satu Chocolatier tertua di Sepanyol, Chocolatería San Ginés.

Alamat: Pasadizo de San Ginés, 5, 28013 Madrid, Spain
Masa Dibuka: ​24/7 (Isnin-Ahad)
Nombor Telefon: +34 913 65 65 46
Laman Sesawang: chocolateriasangines.com

Mencari makanan Halal di Sepanyol bukanlah sukar kerana kebanyakan makanan mereka adalah mesra-muslim memandangkan ia menggunakan banyak makanan laut dan sayur-sayuran, selain pengaruh Islam yang besar dalam masakan mereka.

Satu lagi sebab mengapa mencari makanan Halal di Sepanyol mudah kerana Aplikasi Halal Trip: Makanan, Restoran, Pelancongan & Solat atau anda boleh sahaja lungsuri Google Search.

Jadi mula berkemas dan mari bertolak ke Sepanyol yang cantik untuk menikmati makanan mereka yang terliur!

Panduan Pengangkutan: Cara Mengembara Di Sekitar Sepanyol Menaiki Pengangkutan Udara, Keretapi dan Darat

11 Tempat-tempat Islam Bersejarah Mesti Dilawati Di Sepanyol

An introverted old soul who loves writing, reading, art, music, food, and cats.

Leave a comment